Day 02 – Kampung Budaya, Sarawak

Hari kedua, Daddy Jack nak bawa we all jalan-jalan gi Kampung Budaya. So, pagi-pagi nak kena keluar…at 7am, we all dah turun untuk breakfast..makanan die masyaallah, mmg banyak giler dari makanan Melayu, Mamak, Japanese, American and also Chinese semuanya ada..mmg marvelous


So, I just take an American breakfast only…just an omelette (mmg sedap), chicken sausages and some scramble egg.

Danish mmg ke mana pegi tetap setia ngan roti canai…hai mmg mamak betullah anak aku nie.
So, dalam kul 730am, Winston, our driver yang disediakan oleh Puan Mariamah tu tunggu we all kat Lobby. Die yang akan membawa we all jalan-jalan di sekitar Kuching nie. Puan Mariamah nie siap pesan lagi ngan driver die, jangan hantar we all pulang selagi we all tak penat and also tak masuk tido malam…bawak pusing Kuching..psl duit minyak, jgn risau semuanya dah ditanggung…perghhh..mmg First class layanannya.

We all sampai Kampung Budaya dlm kul 845am..tengok2 pagar die mcm tutup aje…cuak gak la..rupa-rupanya pintu die bukak pukul 9am..chet…tiket masuk untuk dewasa dlm RM60 and kanak-kanak bwh 6 tahun kut FOC…so, we all kena bayar dlm RM145 cos Winston tu Sarawakian, so tak perlulah byr sampai RM60. Masa kat dlm tu, we all diberikan pasport yang akan dicop pada setiap rumah kaum Sarawak yang kiter lawati.

Danish sempat lagi berposing sementara nak tunggu pintu dibuka


Masa masuk ke Kampung budaya nie, kiter boleh melalui pengalaman berjalan di atas bulu mcm gambar di atas nie…Danish excited giler nak naik jalan nie…Mummy die plak risau semacam psl takut die jatuh ke bawah..so, jalan pun lambat-lambat..letih tullah.

Sampai gak akhirnya..so rumah pertama yang kiter pegi adalah rumah kaum Bidayuh.


Danish sempat lagi berposing ngan nenek…nie tempat kisar beras…after kisar then akan ditampi untuk dapatkan beras..

Danish and nenek lagi

Nie bahagian dapur rumah orang Bidayuh

Cubaan Danish untuk turun dari tangga rumah orang Bidayuh…Mummy kat belakang risau giler..takut jatuh


Lepas rumah Bidayuh, we all menuju ke rumah Iban pula….memandangkan Winston tu org Iban, so, banyak jugaklah yang diceritakan kepada kami. Dalam setiap rumah panjang nie, boleh jugaklah kiter duduk lebih kurang mcm homestay la..ada bilik-bilik untuk disewakan. Daddy Jack penah ckp, mulanya nak suruh we all anak-branak duduk merasa duduk kat rumah panjang nie..eeiiii takut siot..

Dalam rumah Iban nie, ada jugaklah dijual makanan ringan mcm kuih ros dan jugak kerepek ubi..Danish nie kan pantang tgk kerepek ubi, so beli la..sepeket dlm RM2 aje.

Danish mencuba bermain ngan alat muzik kaum Iban…tgh2 mengetuk tu, kayunya tetiba patah..alamak, lari….

Danish di depan rumah orang Iban


Semasa we all pergi ke Kampung Budaya nie, pihak pengurusan sedang sibuk buat persiapan untuk Rainforest Music Festival on this coming July. Ada yang tgh practice main gendang…nie adalah main stage untuk festival tu…bila they all tgh practice main gendang tu kan, muzik tu mmg mengasyikkan la…

After Rumah Iban, we all melawat pulak rumah kaum Penan…actually kaum Penan nie die tak tinggal kat rumah panjang, they all tinggal di dalam hutan dan hanya membina pondok-pondok kecil sahaja. Kediaman they all begitu, sebabnya they all nie kaum yang berpindah randah..they all akan berpindah sekiranya bekalan makanan habis ataupun ada kematian. Kalau ada kematian, they all akan tinggalkan mayat tu dlm rumah tu..kalau ada yang mati malam, malam tu jugaklah they all kena tinggalkan rumah tu.


After rumah Penan, we all pegi plak ke rumah Orang Ulu…rumah nie dibina tinggi sebabnya kaum Ulu di tinggal di lerengt-lereng bukit, so rumahnya tinggi betullah..takut gak…

Kali nie Danish takut nak bergambar ngan pemain sape nie, so Daddy Jack ajelah yang bergambar…orang Ulu nie mmg terkenal ngan Sape…kalau tak silap, Abu Bakar Elah tu salah sorang orang Ulu jugaklah.

Lepas rumah Orang Ulu, we all sampai pulak kat rumah Melanau…rumah nie pun agak tinggi jugaklah…org Melanau nie terkenal ngan rawatan bomoh. Orang Melanau nie jugak terkenal ngan makanan sagonya.


Nie rumah kaum Melayu Sarawak…tak ader bezanya dengan kaum Melayu semenanjung…cuma yang berbeza adalah bahasa pertuturannya sahaja..tapi kan rumah nie ader penunggunya tau…Makcik yang menjaga rumah nie siap ckp lagi..mmg ader penunggu di bahagian atas rumah nie, die siap ckp lagi, kalau nak naik tgk boleh la kepada sesiapa yang kuat semangat..bila dgr mcm tu, trus we all cepat2 keluar dari rumah tu.

Rumah terakhir yang we all lawati adalah rumah Cina Sarawak. Orang Cina di sini terkenal ngan tanaman lada putihnya dan juga pembuatan seramik.

Last sekali, dalam kul 1130am, ada persembahan kebudayaan di Teater dalam Kampung Budaya nie…aku sahaja yang tgk sebabnya Danish nie takut gelap, so die menjerit-jerit masa lampu dipadamkan.Daddy Jack dah tgk dah persembahan nie masa die bawak students buat field trip dulu, so tak brapa heran sgt la.
This entry was posted in family trip, my family, Sarawak, time off for holiday, travel matters. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s