Al-Fatihah to Tuan Haji Shafie Ahmad

Timbalan dekan, penuntut UiTM maut di New Zealand

KUALA LUMPUR: Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan seorang penuntutnya terbunuh dalam kemalangan jalan raya di North Putaruru Tirau, Hamilton, kira-kira 200 kilometer dari Auckland, New Zealand, jam 8.15 malam tadi (3 petang waktu Malaysia).

Mangsa dikenali sebagai Shafie Ahamad, 51, manakala penuntut yang maut dikenal pasti sebagai Mariyam Sakinah Ahmad, 21.

Allahyarham dan lima penuntut Kelab Fotografi UiTM serta tiga lagi pensyarah dalam rangka lawatan sambil belajar ke negara itu

Dalam kejadian itu, seorang lagi penuntut parah, manakala dua cedera ringan.
Mereka ialah Amirul Rashid, Siti Murni Ayu dan Khairul Siti Muhamad. Seorang lagi penuntut dikenali sebagai Siti Aishah Razi, terselamat.

Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di New Zealand, Dzulkefly Mustapha yang dihubungi berkata, kejadian itu dimaklumkan polis kepada pihak kedutaan kira-kira jam 12 tengah malam (7 malam waktu Malaysia).

“Polis memaklumkan van dinaiki enam orang itu terbabit kemalangan dengan sebuah trak. Mereka yang cedera dirawat di Hospital Waikato,” katanya.

Difahamkan, empat lagi anggota rombongan terbabit terselamat kerana tidak menaiki van itu kerana berehat dalam bilik hotel.

Mayat mangsa kini berada di hospital di Auckland dan dijangka dibawa pulang ke negara ini dalam tempoh dua hingga lima hari.

Dzulkefly berkata, beliau sempat berbual melalui telefon dengan Siti Aishah, tetapi tidak mendapat banyak maklumat kerana mangsa masih dalam trauma.

Sementara itu, isteri allahyarham Shafie, Sarimah Shuhaimi, 46 ketika di temui di rumahnya di Jalan Ampangan 4, Seksyen 8, Shah Alam berkata Shafie ke New Zealand 25 November lalu membawa rombongan pelajar mengadakan lawatan sambil belajar bagi subjek Photo Communication.

“Mereka sepatutnya balik Sabtu ini,” katanya.

sumber : Harian Metro

KepadaNya kita datang…dan keadaNya kita kembali…Arwah Tuan Haji merupakan lecturer part time kat Uni aku nie…pernah gak berborak ngan die dan mengajar subjek yang sama..Digital Photo Comm dan ICT…Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman…AMIN.

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Al-Fatihah to Tuan Haji Shafie Ahmad

  1. akak, dia lecturer saya untuk 2 semester..baik sgt orgnya, mcm ayah sendiri..sedih sgt atas kehilangannya..semoga beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amiiinn

  2. lily lotus says:

    sad to hear this..takziah utk keluarga Allahyarham..

  3. alan says:

    Very sad to hear this, he was my lecturer for “communication and changes” in UPM. A very good lecturer who has his own unique way of teaching. May he rest in peace.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s