Hotel Istana

On Saturday, 17/01/04, majlis yang gelang gemilang diadakan di Mahkota Ballroom, Hotel Istana at 830 pm. We all dah berkampung dari pagi lagi di mana majlis raptai diadakan. Kami diberikan 5 buah bilik standard dan untuk pengantin dapat Suite yang mmg mewah..rasanya harga untuk suite nie dlm 5k untuk satu malam…whoaaaa !!!!!
Ramai kawan-kawan dan juga saudara mara yang datang ke majlis ini. Majlis ini berjalan dengan lancar..nasib baik jugaklah buat raptai maklumlah manalah pernah nak merasa kahwin kat hotel ni.

Baju yang aku pakai nie kainnya beli sendiri kat Binwani’s. Until today, baju nie masih tersimpan di dalam my wardrobe. Tema hijau dipulih psl nie warna fav aku.

Antara VIPs yang hadir, Dato’ Seri Najib (masa nie die baru dilantik menjadi TPM), Dato’ Khalil Yaaakob (masa nie masih MB Pahang lagi), Dato’ JJ, Dato’ Shafie Afdal (Tim. Men. Pertahanan masa tu).

Isteri-isteri VIPs yang mmg glamour malam tu.

Gemuruh betul masa duduk kat atas pelamin nie. Ye la, semua mata memerhatikan kiter. Rasa sesak napas pun ada jugak. Ye la mana lah tahu, masa nak naik tangga tu, terjatuh ker tak ker malu nnt.

Masa makan beradap pun sama…takut nak makan banyak-banyak. Tak nak tunjuk gelojoh depan VIPs….malu la. Makan pun ala-ala sopan gitu. masa nie, bila VIPs tanya, kiter pun mcm gugup jugaklah. Ye la..manalah penah duduk semeja ngan menteri.


Sesi potong kek..kek nie nampak stinggi sampai 5 tingkat tapi cinonet aje kat bawah tu yang boleh dimakan. Yang kat atas tu dummy aje. Lepas acara potong kek ini, we all kena berjumpa ngan semua tetamu untuk mengucapkan terima kasih. So penat tau..

Banyak jugak hadiah yang we all dapat antaranya digital camera ( from adik Dato’ Najib, Nazim kalau tak silap..ala suami Nurjuma skrg nie), Dato’ JJ bagi Bohemian Crystal yang agak besar, set pinggan mangkuk jgn cakapla..mmg banyak sampaikan dapat fine porcelain lagi..lampu tido, dll. Paling tak tahan ada yang bagi set rantai dari Poh Kong lagi tak tahu siapa…bawak gi check kat Poh Kong, reganya 2k jugak. Murah rezeki si pemberi hadiah.

Itu sajalah secara ringkasnya cerita hari perkahwinan ku..tak nak citer banyak2, nnt kata nak berlagak pulak.

This entry was posted in wedding. Bookmark the permalink.

One Response to Hotel Istana

  1. mummysyafie says:

    teringat zaman naik pelamin erk..hihiih…meriah!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s