MomBloggersPlanet : Cutest Baby in Stroller Contest

Contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest – Click here for more info:MomBloggersPlanet contest page:


I tak pernah nak masuk mana-mana online contest but this link membuatkan I rasa teruja nak join jugak. Bukan hadiah jadi taruhan tapi hanya untuk berkongsi pengalaman tentang penggunaan stroller.


Muhammad Rayyan Irfan bin Mohd Khairezan
13 Oktober 2008


Daddy Jack sangat-sangat suka menggunakan stroller 3-wheeler. Untuk anak sulung kami belikan 3-wheeler Urban Detour dari Mothercare. Perkara yang melucukan bila mula-mula menggunakan stroller ini adalah ianya terlalu besar untuk kereta kami yang pada masa itu masih menggunakan kereta 2 pintu. Demi kerana minat, maka kami berkorban untuk menukar kereta kami kepada yang lebih besar.

Selepas anak kedua kami dilahirkan, I dan Daddy Jack membelikan stroller yang baru untuk Ryan. Bukan tidak mahu menggunakan stroller yang lama itu, tetapi stroller itu kami tinggalkan di rumah di kampung agar memudahkan kami bila kami balik ke kampung nanti.

Pada mulanya, kami membelikan Ryan stroller Quinny Zapp. Menurut, Daddy Jack, lebih praktikal dari segi penyimpanan mahupun penggunaannya. I hanya menurut perintah.

Ryan menggunakan Quinny Zapp sewaktu umurnya 4 bulan. Kelebihan menggunakan Quinny Zapp ini adalah ianya dilengkapi dengan Maxi-Cosi car seat dimana boleh diletakkan sebagai carseat di dalam kereta kemudian diletakkan sebagai stroller. Even the carseat boleh menjadi satu baby carrier juga. Memang praktikal.

Tetapi Quinny Buzz ini hanya bersama kami selama 4 bulan sahaja. Kami memilih untuk membeli Quinny Zapp pula kerana Daddy Jack telah jatuh cinta sekali lagi dengan 3-wheeler.

Kenapa kami memilih Quinny Zapp ? 1. Designnya yang unik dan cara membukanya mudah kerana ianya menggunakan sistem hidraulik. 2. Senang untuk membukanya walaupun hanya menggunakan satu tangan sahaja ) 3. Ketinggiannya boleh laraskan, begitu juga dengan seatnya (Quinny Zapp tidak boleh, sebab itu kami menjualnya)

Sehingga kini, Ryan memang selesa menggunakan Quinny Buzz. Not even Ryan, Danish juga selesa duduk di dalam ini. Pada I, tak kisahlah apa jua jenama samada yang mahal ataupun yang murah, yang penting adalah keselesaan kepada anak-anak.

This contest is proudly sponsor by

Advertisements
This entry was posted in contest, kids stuffs, Ryan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s