Rumah kecilku

Tak pernah terfikir yang I akan merantau ke negara orang. Dah hampir sebulan dah duduk di Adelaide nie dan bermacam-macam yang I pelajari. Antaranya, mcmana peritnya mencari rumah sewa. Tapi, Allah itu Maha Kuasa, tak sampai seminggu, kami berjaya mendapatkan rumah sewa yang sungguh comel untuk kami sekeluarga.

Rumah sewa kami nie berdepan dengan main road…St. Bernards Road. Tempatnya agak sibuk jugak dengan lalu lintas. Tapi senang untuk kemudahan Daddy Jack sebab Uni dekat. Kalau jalan kaki, dalam 15 minit aje, naik bas pulak rugi sebab hanya satu stop aje. Friends kat sini suggest naik basikal aje.

Rumah kami yang comel. Actually si Adelaide nie tempat tinggal ada 3 jenis : rumah, unit ataupun apartment. Kalau jenis rumah, biasanya 2-3 bilik ke atas. Dan rumah biasanya sebuah, ada backyard yang luas, even garage berbumbung. Normally rate sewa agak mahal la sikit. Unit pulak macam rumah teres, berkembar. Normally 2 bilik, still ada backyard tapi kecil aje. Unit nie sesuai untuk keluarga kecil aje. Tapi depends jugak, ada unit besar. Jarang nampak apartment kat sini, maybe di sekitar City mungkin ada la.

Untuk my family, unit pun okay jugak. Masa mula-mula we all nak ambik unit nie, Daddy Jack pernah bertanya samada I okay atau selesa ngan unit nie psl kecil..so I cakap ngan Daddy Jack, biarlah rumah kecil asalkan senang I nak menjaganya. Kalau ambik ruang besar, letih mengemas tak sudah-sudah. Lagipun, we all satu family beruntung sangar dapat rumah nie sebabnya, jiran pun orang Malaysia jugak..tapi nie tahun terakhir mereka kat sini after 3 years. End or maybe early next year nak balik dah.

Rumah I terletak betul-betul depan Foodland Supermarket. So, kalau ada barang-barang dapur yang terkurang, just beli kat sini aje.

Ni paling best..Fresh market untuk fruits and vegetables. So far, belum pegi lagi tapi bila tengok kat tingkap rumah, macam ramai aje yang pergi membeli kat sini. Murah agaknya…

Our main hall..masa buat inspection dulu, nampak macam sempit tapi bila dah clear, lapang and so spacious. I cakap ngan Daddy Jack, tak payah sibuk-sibuk nak letak perabut sebabnya ada Ryan the Lion, habis semua dipunggahnya. Nampak tak si kenit tu tgh berdiri atas kerusi ? Tu mcm favourite spot die..setiap kali bangun pagi akan tgk lalu lintas kat depan rumah tu.

Main room. Mmg luas sampaikan boleh letak 2 queen size punya tilam. So far, unti nie ada 2 bilik aje and we all 4 beranak tido sekali la.


Family hall ada masanya bertukar menjadi tempat the boys main kat sini. Memula tu TV besar tu nak letakkan kat hall aje tapi bila pikir, kalau pasang, orang kat seberang jalan pun boleh nampak, so letakkan kat tengah rumah ajelah. Terlindung sikit.

Masa we all masuk, kat family hall nie hanya gunakan lampu mentol aje. So masa we all membeli barang rumah kat IKEA, terdetiklah la pasangkan bola-bola nie kat family hall tu. Hasilnya, mmg cantikla.

My small kitchen area, cukuplah kecik aje. Bukannya nak masak untuk family besar ataupun katering. Nie pun, rasa macam penat sikit psl dapur tu bukannya pakai gas, tapi pakai elektrik. Kat sini elektrik mahal sangat, tapi air free sebabnya tuan rumah bayarkan. So, sekarang nie, memang tengah nak mencari dapur yang pakai gas, senang sikit.

Setor penyimpanan barang-barang makanan, pinggan mangkuk dan juga peralatan dapur macam blender dsb. Senang sikit ada stor mcm nie, taklah penuh atas kitchen counter tu dengan mak nenek barang-barang.
Setiap rumah di Adelaide nie akan ada laundry room sendiri. Itu mmg perlu dimana semua peralatan untuk mencuci baju perlu diletakkan di satu tempat khas. Bagus, kan. Kalau kat Malaysia tu rasanya ada yang letak luar rumah, tepi bilik air malahan ada jugak yang letak dalam bilik tido. So, kalau nak basuh baju dengan tangan, ada jugak disediakan sink kat situ, so tak perlulah membasuh baju dalam bilik air yer.

Bilik kedua…bilik nie ditukarkan menjadi bilik study untuk Daddy Jack. So, kalau die nak baca buku atau nak buat kerja, die kena quarantine dalam bilik nie. Bebas dari gangguan anak-anak.

Rumah di Adelaide nie bilik mandi dan juga tandas diasingkan. Jarang pergi rumah orang tgk tandas ngan bilik mandi sekali. Kalau dalam Islam, mmg macam nie la sepatutnya sebab, tandas tu paling banyak setan duduk sebab tempat tu paling kotor di dalam rumah kita. Tapi kat sini, tandas macam nie haru biru sikit. Mana taknya, tandas tak ada paip air. So, kalau nak membuang sesuatu, kena ambik air dari bilik mandi ler…tapi tak boleh jirus atas simen sebabnya die tak ala lubang pengaliran. Sebab tu tandas sini ada yang pakai carpet tau.

Bilik mandi yang memang selesa. Siap ada wardrobe untuk letakkan tuala dan juga simpanan barang-barang untuk bilik air.

Backyard yang kecil and yet senang nak maintain. Nie masih bersepah lagi ngan sampah sarap peninggalan penyewa lama. Kena kemas sikit demi sikit la.

Adalah kawsan sikit untuk bercucuk tanam. Pokok-pokok nie tuan rumah yang tanamkan..ada pokok bunga rose dan paling macam tak percaya, ada pokok lemon dan jugak peach. Bila tiba musimnya nanti, petik aje, terus makan.

Advertisements
This entry was posted in Aussie, home sweet home, my family. Bookmark the permalink.

3 Responses to Rumah kecilku

  1. atty's says:

    besh je tgk ..cantik umah tu gina nampak selesa je..

  2. ala mcm best jer tgk rumah simple.paling suka toilet asing….

  3. woaha! kantoi saya silent reader blog puan..hehe..your house mcm rumah sims saya la puan..comel je rumah tuh!! ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s