Dapat jugak makan ikan

Ahad lepas, Kak Sidah ajak we all pergi Torrens Island, cari ikan katanya. Dengar aje ikan, terus la mcm melompat kegembiraan. Ye la, selama sebulan kat sini, belum pun merasa nak makan ikan, ada jugak makan tapi mcm fish fingers tu, tak power la.

Torrens Island nie mmg letak betul-betul hujung kalau dalam GPS. Kira macam beli kat jetty la. We all pergi nie dalam pukul 10 pagi and orang still ramai, maklumlah hari cuti. Cuaca, jangan cakaplah, sejuk .

Ternampak, entah apalah pulak nama binatang nie, lebih kurang mcm bangau aje nampak gayanya.

Pasar die bersih dan taklah berbau. Satu kepantangan di sini, pembeli tidak dibenarkan menyentuh ikan-ikan tu. Ala, kiter kan kalau pegi pasar basah ataupun pasar makan, kalau nak beli ikan, mcm check insang, tekan-tekan sikit badan die, kan. Sini tak boleh oooo, kena marah nanti.

Berjenis-jenis ikan ada kat sini, yang biasa macam kat Malaysia yang perasan adalah ikan merah. Memang geram aje. Ikan merah normally sedap buat sup ataupun masak asam pedas, mmg terangkat. Beli ikan kat sini jarang beli sikit-sikit. Kak Shidah cakap, kalau beli banyak die bagi murah sikit.

Ikan sardin pun ada jugak tapi kat sini dikenali dengan nama ikan tomy. Hmm, sebab tu pergi ngan Kak Shidah, so die reti sikit mana-mana ikan yang biasa die makan so I pun bolehlah cuba. Tak berani la nak cuba ikan yang tah apa-apa tu.

Ikan Garfish, lebih kurang macam ikan todak ataupun memang ikan todak. Kak Shidah cakap, ikan nie sedap buat goreng tepung aje. Kepala tu kena bunag la yer. So far, I nampak orang sini tak makan organ dalaman mcm hati, pedal, limpa baik ayam atau lembu. Susah sikit nak dapat benda-benda tu. Even kepala ikan pun tak makan.

Sotong yang telah siap dibersih dan dipotong. We all just jalan-jalan sebabnya kalau beli pun peti ais dah penuh dengan stok ayam dan daging.

Udang harimau, ingatkan die jual dah salai atau kukus tapi mmg warnanya macam tu.

Kepala ikan salmon. Tanya jugak orang nie ada orang makan ker? Dengan selamba die cakap tu untuk bekalan zoo. Kelas, kan..binatang makan kepala ikan salmon.

Kat jeti nie jugak ada macam pasar menjual sayur-sayuran. Banyak buah-buahan yang sedap-sedap jugak kat sini.

Pokok bunga ros pun ada jugak, nasib baik kat belakang rumah tu dah ada tapi Daddy Jack nak buang aje sebabnya menyemak aje.

Buah avocado, so far, belum mencubanya lagi

Keledek pun ada jugak tapi ubinya jenis warna merah. Boleh cuba untuk buat kuih keria takpun Chek Mek Molek aje.

Tomato yang merah menyala dan masak ranum

Well, tipulah, pergi jauh-jauh tak beli ikan, kan. So far, we all hanya ambik 2 jenis aje ikan. Satu nie tak pasti nama die tapi mcm ikan selar sikit campur cencaru. Beli 2 kilo aje.

Ikan garfish pun beli jugak…1 kilo aje untuk rasa aje. Kalau sedap, boleh beli lagi.

This entry was posted in Adelaide's gang, Aussie, day trip, my family, weekend stories, yummy tummy. Bookmark the permalink.

6 Responses to Dapat jugak makan ikan

  1. macam sedap plak nampak todak tu…

  2. wandering napa kat mesia tempat jual ikan and sayur berbau…..emm mostly asian country.. cuaca ker?anyway…sayur and buah memikat hati betul

  3. atty's says:

    geram je tgk semua fish ngn fruit tu fresh2..

  4. lily lotus says:

    dah tentu2 ikan2 semua freshkan. tak bagi pegang takpe sebab takyah nak pilih2..best2

  5. Liza says:

    byk nyer seafood, nampak sgt fresh

  6. nyum, nyum, nyum…bestnyaaa..kat sini susah betul nak dpt this kind of market..tapi baru2 ni dah jumpa satu market yg paling tua di UK ni..cuma belum sempat nak pegi..kalau I pegi nanti…I will make one entry like urs.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s