62th

Salam Ayah,
Today is your day…28 June 2010 and you’re 62th !!!

My dear Ayah, Ini adalah kali pertama Yong tak dapat meraikan hari istimewa untuk Ayah. Yong kini berada jauh beribu-ribu batu dari pandangan Ayah. Yong sedih bila tak dapat wish ayah face to face and kiss you on your cheek. I just only can write my tribute post on your FB wall and the most important thing is, call you and wish you a very HAPPY BIRTHDAY.

Masih segar dalam ingatan nie saat Yong dan keluarga nak masuk ruangan berlepas di mana Yong mengucakan selamat tinggal kepada semua ahli keluarga. Percayalah, Ayahlah orang pertama yang Yong cari dulu. Masih terngiang-ngiang di kepala, apa yang kita bisikkan masa kita hugged each other. Im so worried about you. Tapi Yong tahu, Ayah boleh jaga diri dengan baik. Untuk mengubat rindu di kala sunyi, Ayah ada chat dengan Yong kat FB wall dimana sampai sekarang Yong masih simpan all our conversation tu. So, kalau bosan, Yong akan baca balik apa yang kita bualkan itu.

Yong faham, Ayah sekarang semakin busy dengan tugas-tugas Ayah di Parlimen, membahas dan menbentangkan masalah-masalah rakyat di kawasan Ayah. Ayah menghabiskan masa Isnin hingga Khamis di Parlimen dan hujung minggu di Kuantan untuk melawat kawasan, menghadiri mesyuarat, memenuhi undangan perkahwinan, menghadiri majlis-majlis rasmi mahupun tak rasmi. Itu belum lagi menghabiskan waktu di pejabat sambil mendengar keluhan orang ramai….jalan tak bertar, duit tak cukup nak buat kenduri, mohon bantuan anak untuk masuk sekolah dan macam-macam lagi keluhan orang ramai tapi Ayah tetap melayan karenah mereka dengan berdedikasi. Your life will always be about rakyat sampaikan kadang-kadang Yong macam cemburu bila Ayah lebih banyak meluangkan masa dengan orang-orang di sekitar kawasan Ayah dan Ayah akan balik sampai lewat malam sehingga kami semua dah tertidur. Tapi Yong faham, ini jalan yang Ayah pilih…Ayah memilih untuk berbakti dengan masyarakat.

Terima kasih juga Ayah, kerana memberi peluang kepada my students untuk berbakti kepada masyarakat di kawasan Ayah walaupun ianya secara tak sengaja. Yong sedih bila Yong tak dapat melihat students melakukan kerja-kerja kebajikan mereka dimana mereka kelihatan sungguh gembira dan berpeluang untuk menanam getah, makan masakan kampung dan sebagainya. Ini semua adalah pengalaman yang manis untuk mereka. Walaupun, pada mulanya, Yong agak takut sekiranya mereka akan merasa janggal dan tidak selesa, maklumlah, kebanyakan mereka budak bandar, tapi so far, semuanya okay.

Hidup jauh dari keluarga membuatkan perasaan rindu dan sayang semakin membuak-buak. Yong tak sabar nak menunggu kedatangan Ayah dan Ibu di sini. Rindu dengan Ayah..rindu tengok Ayah duduk luar rumah sambil hisap curut, rindu dengan bau perfume Ayah, rindu keluar makan, jalan-jalan dengan Ayah, rindu dengan nyanyian bila Ayah keluar bilik…..Rindu segala-galanya tentang Ayah.

Ayah,
Terima kasih Ayah di atas segala usaha Ayah di dalam menceriakan kehidupan kita semua. Ayah belanja di tempat-rempat makan yang best, bawa jalan-jalan, belikan all our things and even give us the good education, ever. Ayah seorang yang terbaik di mata Yong.


When I was a baby, you would hold me in your arms.
I felt the love and tenderness, keeping me safe from harm.
I would look up into your eyes, and all the love I would see.
How did I get so lucky, you were the dad chosen for me.
There is something special about a father’s love.
Seems it was sent to me from someplace up above.
Our love is everlasting, I just wanted you to know.
That you’re my special hero and I wanted to tell you so.

HAPPY BIRTHDAY TO AYAH
DATO’ HAJI ABDUL MANAN ISMAIL

We will love you always forever
YONG, JACK, DANISH & RYAN

(p/s : ketika menulis entry khas ini, mata berkaca sudah tak dapat ditahan-tahan, air mata meleleh-leleh mcm air terjun gayanya)

Advertisements
This entry was posted in Ayah, birthday, family matters, my family, myself, tribute, wish. Bookmark the permalink.

3 Responses to 62th

  1. Raden Joyo says:

    kakak, i tersentuh baca entry ni..i miss u like hell! i saw this girl carrying Marc Jacobs bag tetiba teringat kat your gift..:-(

  2. Liza says:

    this is such a sweet entry, i am sure your dad must be very proud of you!

  3. mummysyafie says:

    Happy birthday Dato'..!!sedih nya entry ni Gina..i baca pun dah meleleh air mata. teringat ngan ayah kat kampung. sob..sob..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s