Bila sahur aje, layan nie

Entah mcmana, I bumped into a few reviews pasal this Samarinda series, Syurgamu Ramadhan. I pun dah bosan layan cerita orang putih nie, and dah lama sangat tak tengok cerita-cerita Melayu. And now, totally melayan cerita nie online aje and my students pun ada bagi a few links untuk tengok cerita-cerita Melayu lain. Terima Kasih, daun keladi…kalau jumpa link, kita share lagi..hehehehehhe.

SINOPSIS SAMARINDA SYURGAMU RAMADHAN Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri… Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya… Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian… Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka. Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya? SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..

Para pelakon mmg kelas, Elly Suriati mmg tak payah dinafikan lakonan memang best, berjaya membawakan watak yang lebih tua dari usianya. All the face expressions; marah, sedih, berjaya dibuatnya. Eira Syazira pun bagus lakonannya. Tak perlu bermekap tebal, berbulu mata palsu semua sebab die mamang natural beauty. So far, lakonan Eira Syazira tak pernah menghampakan. Hope she will be a good actress someday.

Ungku Aziz is unknown actor, I pun tak tahu samada die pernah berlakon any movies or dramas before. First, I thought Akashah, rupanya bukan. And for Zarina pulak, mcm mengada-ngada pun ada jugak. She tried to be Ifa Raziah mcm dalam Seputih Qaseh Ramadhan.

Tetapi bagi I, watak anak-anak yang menghidupkan cerita ini. Bagus lakonan all the children, membuat airmata I meleh-leleh selepas sahur. Cerita yang bagus untuk Ramadhan kali ini.

This entry was posted in about reviews, interest, leisure activity, myself. Bookmark the permalink.

3 Responses to Bila sahur aje, layan nie

  1. Puan,saya pon layan drama nie.best.:)

  2. Gina says:

    Sekarang nie giler rengok cerita Melayu secara online aje kerjanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s