Malaysian Carnival 2010

Ahad lepas, bertempat di Victoria Square iaitu di tengah-tengah bandar Adelaide, satu karnival bertemakan Malaysia diadakan di sini. Kebetulan cuaca mmg sedang elok aje so ramai yang datang. Ini adalah kali kedua karnival ini diadakan, yang pertama pada tahun 2008, tahun 2009 tak sempat buat.

Masa we all sampai, manusia punyalah ramai, tapi syok oooo..lepak atas padang, ala-ala piknik. We all just duduk tepi aje, lepas jumpa Kak Azie and family. Bila dah kelam kabut tu, terlupa pulak bawak alas untuk duduk, so lepak atas rumpur ajelah. Masa tu pulak, I pakai seluar warna cerah..mmg bagus sangatlah tu.

Karnival nie diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan Malaysia kepada orang-orang Adelaide, dari segi budaya dan juga makanannnya.Antara aktiviti yang diadakan, menganyam ketupat. Hai…bersilat gamaknya mat salleh nie nak memahamkan cara-cara menganyam ketupat yer.


Tak ketinggalan juga, our national dress..tapi kan, after berbulan-bulan tak memakai baju kurus, masa raya hari tu, rasa lain macam tau bila nak pakai baju kurung. Perasaan tu mcm sayu aje bila berbaju kurung. Mana nak pki baju kurungnya kalau pki baju pun berlapis-lapis, inikan pulak nak pki baju kurung yang nipis tu.

Sungguh bangga bila melihat bendera kebangsaan berkibar di bumi Adelaide nie. We all pun ada bawak satu, kononnya masa Merdeka hri tu nak pasng, udahnya terbengkalai ajelah project itu.

Orang sangat ramai beratur di bahagian menjual makanan. Kalau ikutkan memang banyak makanan yang we all nak makan, ada jual roti canai, satay, nasi lemak, laksa dan bermacam-macam lagi makanan Malaysia tapi bila melihatkan orang ramai dan barisan yang panjang, ada tu sampai dan berlengkar-lengkar dah, terus lupakan aje hasrat itu.

Apa lah gamaknya yang kami borakkan nie yer…biasanya psl garage sales, takpun psl masak-memasak…entah-entah psl pinggan mangkuk tak…OMG !!! I dah tua la…bila masuk bab pinggan mangkuk, jaga rumahtangga…ooohhhh sungguh tua rasanya.

Di samping itu juga, ada juga beberapa persembahan kebudayaan dari pelbagai masyarakat Malaysia, antaranya dikir barat, tarian lilin dan juga perkahwinan olok-olok. Lama sungguh tak pergi rumah orang kahwin, kan. Bila dengar kompang, rindu nak makan nasi minyak pengantin. Ada tak sesiapa nak kahwin tahun depan ? Jangan lupa jemput saya sekeluarga, yer.

Nadia yang suka sangat bergambar dengan Ryan, dan nasib baiklah Ryan the Lion pun agak-agak sporting jugak. Wah !!!! Ryan, kalau mummy nak ambik gambar, kamu bukan main liat lagi yer…bila orang lain, tak pulak kamu buat perangai. Ishhhh, budak kecik nie.

Meet my new Adelaide’s gang, Kak Zalina, baru sampai Adelaide sebulan lepas. Dia datang sorang dulu, settlekan apa yang patut, then last week, husband and 3 kids datang. Tapi, husband and anak bongsunya akan kembali ke Malaysia in early October, and she will be with the 2 kids. After dah settle his proposal, balik Malaysia untuk collect data, then baru die bawak all her family semua. Kak Zalina nie pun selalu jenguk blog I, adik Kak Zalina nie, Zuraida baca blog I, and kat situlah I jumpa Kak Zalina nie. Tak sempat nak sembang lama-lama sebabnya masing-masing ada hal, so maybe nanti kiter pi visit antara kita yer, kak.

Gambar kami sekeluarga di Malaysian Carnival. See, semuanya dah berbaju lengan pendek and no more baju tebal-tebal sebabnya winter dah nak berakhir and Spring is coming.

Family Kak Azie and Abang Azul, yang kelakarnya masa gambar nie diambil, anak perempuan mereka, Yaya tak nak bergambar..dok ralit pegang tiang kat belakang tu. Bila Mama and Papa die ajak bergambar, die tak nak.. udahnya Kak Azie cakap, ambik ajelah gambar bertiga tapi Abang Azul kata, ambik jugaklah gambar sekeluarga, masukkan juga gambar Yaya, so inilah hasilnya.

This entry was posted in Adelaide's gang, Aussie, my family, weekend stories. Bookmark the permalink.

2 Responses to Malaysian Carnival 2010

  1. puan gina.puan dah kurus.i miss you puan gina.:)

  2. Liza says:

    you look so slim gina!! mcm nie i kena pegi oversea gak lah baru kurus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s