Barang rumah lagi

Sabtu lepas, we all nak pergi ke satu tempat yang dah lama sangat tak pergi. Actually, dah lama nak pergi tapi Daddy Jack macam keberatan nak bawak sebabnya die takut kalau I pergi, I akan menggila, katanya. Akhirnya, Sabtu lepas, die surrender jugak. Tempat yang we all nak pergi nie berdekatan dengan airport…hmmm, bilalah nak balik Malaysia nie yer..dah lama sangat dah nie menanggung rindu.

Nie la tempatnya yang I mengidam nak pergi selama berbulan-bulan. Lama sungguh tak jenguk sini. Semenjak 2 minggu dapat new catalogue, so mata mcm tertarik-tarik melihatkan new products apatah lagi kaki nie. So, bila Daddy Jack tanya nak ke hujung minggu…cepat-cepat cakap nak gi IKEA.

Kepada yang sudi bermurah hati nak menderma kepada badan kebajikan, boleh juga menderma dengan hanya AUD2 dan gambar kitar akan dijadikan cover catalogue IKEA.

Sebelum datang sini, Daddy Jack siap cakap dengan Danish, habislah Mummy ajak pi IKEA, sure banyak Mummy nak beli..actually ada satu barang aje yang I nak sangat beli untuk the boys actually. Dah lama simpan dah hasrat tu.

Apa bendanya yer…nie hah, meja untuk budak-budak. Kesian tengok Danish bila buat homework, kena buat kat meja makan, and also tak ada tempat untuk die main-main. So, belikan die meja study and in a mean time boleh jugak jadi meja makan untuk the boys, kan.

Rupanya bukan I yang banyak membeli kat sini yer…Daddy Jack lagi beria-ia nak membeli dari I. I cuma nak beli meja and he likes crazy membeli sana-sini. Apa yang dibelinya, semuanya berkenaan dengan barangan rumah ler.

Antara barang yang Daddy Jack rembat kat IKEA, meja tulis nie. Dah nak start wriring for his thesis, so kena ada tempat yang proper, katanya. Pigidah !!!! selama nie mcm mana die study pukul 2-3 pagi tu..itu semua alasan la.

Siap ambik kusyen cover untuk meja makan tu…I cakap tak payah sebabnya takler duduk lama mana pun kat meja makan, kan just untuk makan aje..eiii Daddy Jack berkeras jugak..hmmm after all, you yang bayar, so I ikut ajelah.

So, trolley yang biasa tak muat, kena ambik yang besar lagi. Barang pun dah membuak-buak dalam trolley dah, So, jangan salahkan I yer, Daddy Jack yang lebih-lebih dari I kat IKEA nie.

Nie pun sama jugak, just a bric a brac from IKEA like tempat letak pinggan mangkuk, toy box dan macam-macam lagi la.

Balik rumah aje, the boys sibuk suruh pasang meja depa, tak sabar nak makan pakai meja sendiri, Danish kata. Daddy Jack pun pening jugak kepala nak pasang sebabnya tangan tak berapa nak menjadi bila bab-bab pasang memasang nie.

Hahahaha..we all juga memberikan sumbangan semata-mata untuk mendapatkan gambar satu family as a front cover of IKEA catalogue. Ala…cuma AUD2 sahaja, berbaloi menderma, kan.

p/s : rasanya kena jugak pergi IKEA…again dalam waktu terdekat nie sebab ada barang yang kena tukar…..lagipun, ada beberapa barang yang I nak beli jugak…hmmmmm.

Advertisements
This entry was posted in Aussie, household, my family, shopping. Bookmark the permalink.

One Response to Barang rumah lagi

  1. wah bestnya ,derma AUD2 jadik front page..mana nak carik :)ikea dengan akak memang tak boleh dipisahkan kah? :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s