Hasil tangkapan di IKEA

Setelah 2 hari pergi Ikea, so ini adalah di antara hasil tangkapan we all, yang kononnya hanya nak berjalan-jalan sahaja ke sana. Udahnya, penuh jugak boot kereta. Konon, Daddy Jack yang begitu takut bila I mentioned nak ke IKEA, udahnya die jugak yang beria-ia membeli.

Before thie, Daddy Jack dah ada meja untuk belajar, ehsan tenant lama tapi nampak macam berat dan terlalu besar aje. So, Daddy Jack nak a small one, and mudah letak dalam bilik untuk die study pagi-pagi buta tu.

I dah lama nan belikan set meja nie untuk the boys, senang untuk they all makan atas nie, kalau kat atas meja besar, mcm tak larat nak mengemasnya. And then, Danish pun bolehlah study gunakan meja nie jugak.

Masa mula-mula nampak wall hanging nie, Daddy Jack macam nak tak nak aje tgk, lepas tu bila dah separuh pusing IKEA tu, barulah hatinya terbuka untuk membelinya.

Ni antara barang yang we all pulangkan and dapatkan balik yang lain sebabnya kualiti fabriknya mcm tak berapa elok, ada sikit koyak. Masa we all nak dapatkan yang baru, ada satu aje, mmg rezeki kami la. Ada minah salleh nie dah angkut 3 sekaligus.

Cushion pad tu pun we all tukar jugak, yang asal mcm tak muat kerusi tu. So, tukar and terpaksa ambik yang warna cerah, untuk kerusi rumah I, tak ada yang warna gelap. Harapan I, semoga anak-anak makan dengan cermat bila di main table.

Daddy Jack cakap, lepas nie all your Corelle letak dalam nie, nanti kalau pecah ker apa ker susah pulak.

Malu la asyik pinjam tool set jiran sebelah, nampak tengah offer, ambik satu.

Yang bulat-bulat tu nak gunakan untuk gantungkan all my tudung. Daddy Jack bising sebabnya tak muat almari dah. Kena gantung, lagipun senang jugak, nak pki terus ambik and sarungkan aje. Beli jugak rak untuk dapur agak matching dengan yang sedia ada and some compartment untuk bric-a-brac.

Tak jumpa rak kasut, terjumpa yang macam box nie, bila dah balik, menyesal pulak tak beli 2 set. Banyak jugak kasut kat rumah nie especially untuk the boys.

Kali kedua ke IKEA, we all kan tak bawak Danish, so Daddy Jack memujuknya dengan membelikan wooden toy train set untuknya, Ryan the Lion pun dapat jugak.

Ni yang paling I suka, my baking wares. Selama nie kan, I asyik masak aje, tak merasa nak buat kek apa bagai sebabnya tak ada kelengkapan. Even masa Raya hari tu pun, Daddy Jack mcm hint nak makan tart nenas, tapi tak kesampaian sebabnya bila pikirkan kos nak membuatnya lebih baik beli aje kat akak Singapore tu. Bila pi IKEA, nampak macam-macam bakeware set like rolling pin, mixing bowl yang okay, so mulalah semangat nak berbaking tu ada.

Opsss, ni tak beli di IKEA yer..kelas la kan, kalau kat IKEA Adelaide nie ada acuan karipap dan loyang mcm nie. Loyang and acuan karipap tu kiriman from Malaysia. Sure tertanya-tanya kenapa sampai kena hantar loyang semua, sini tak ada ker? Sini memang ada, tapi kalau nak buat kuih like kuih lapis or serimuka tu, nampak mcm tak cantik la sebabnya loyang sini mcm tak dalam sangat. I pernah cuba buat kuih serimuka guna loyang sini , Ya Rabbi, sungguh tak cantik.

And lastly, to complete my bakingwares, jalan-jalan pi garage sales, terjumpa mixer Kenwood pattern lama nie. Tuan rumah tu, siap cuba untuk memastikan ianya berfungsi. I tak cuba membuat apa-apa bake food lagi, Insyallah, hujung minggu nie nak cuba semuanya. We’ll see…..

This entry was posted in Aussie, home sweet home, household, my belongings, shopping. Bookmark the permalink.

2 Responses to Hasil tangkapan di IKEA

  1. Yan says:

    Salam Gina,macam sepakat lak.. Petang ni akak nak ke Ikea.. Tapi rasanya tak sebanyak hasil tangkapan Gina kot..hee

  2. mummysyafie says:

    kalau pergi Ikea kena stanyby $$ lebih sikit daripada yang ditarget. sebabnya kalau sampai sana mesti barang yang takde dalam list akan diangkut samalast saturday baru gi ikea, hajat dihati nak cari kettle tapi teramik benda lain pastuh kettle terlupa lak nak beli..huhuhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s