Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment

Gorge Wildlife Park-Bhg 2

After bergambar dengan koala, jalan-jalan untuk feed the wallaby and kanggaro. Binatang ini dibiarkan bebas untuk memudahkan para pengunjung bermesra dengan binatang-binatang yang jinak ini. As for the boys, ini ada pengalaman yang begitu berharga buat mereka. Mana ada konsep macam nie di Malaysia (atau ada, tapi I tak tahu).

And my first experience also. Maklumlah, duduk di KL rumah memang sebelah aje dengan zoo, tapi dah bertahun lamanya tak menjejakkan kaki ke sana. Kanggaroo sini makan kacang so kenyang la bila dapat makan kacang banyak sangat.

Danish pada mulanya sangat takut untuk fed the kanggaroo, tgk gambar nie, jauhnya nak memberi kanggaroo tu makan.

Bila kanggaroo datang dekat, die makan jauh, so kanggaru tu pun ikut samalah.

Ryan the Lion first attempt untuk memberi kanggaru makan. Die memang taku sungguh dengan kanggaru, siap berpaut pada kaki I bila binatang tu datang dekat. I cuba pujuk sambil pegang tangan die, so mcm berani-berani takut la.

Bila kanggaru tu menyuakan mulutnya, terus Ryan macam terperanjat and terlepas kacang tu ke tanah.

Nie macam dah agak berani sikit la. Binatang nie memang jinak, tak adalah die nak gigit tangan Ryan yang kecik-kecik debab tu.

Ada sekali tu, agaknya kanggaru nie tengok I terkial-kial nak keluarkan kacang from my handbag, teurs die masukkan mulut dalam handbag I untuk makan terus dalam tu. Agaknya kanggaru tu pikir, lembab sangat la nak bagi aku makan.

Scene yang paling kelakar, Ryan the Lion memang takut sangat dengan kanggaru nie. Kononnya nak mengelakkan yang kat depan, tetiba ada pulak yang menyerang die dari belakang.

Maybe kanggaru nie geram tengok rambut Ryan the Lion yang kerinting tu, mcm bulu kambing agaknya.

Ukail dengan selamba aje..tak ada perasaan takut pun, suka adalah dengan binatang-binatang nie.

Daddy Jack nak memujuk Akil and Danish untuk cuba memberi makan kat kanggaru nie. Tapi masih takut-takut jugak.

Bukan aje kanggaru yang suka dengan rambut Ryan, even camel pun suka jugak. Ni lagilah die takut, siap menjerit-jerit lagi sebab binatang nie lagi besar dari kanggaru.

Muka memang cuak giler

I tak suka bagi makan kat camel ni, sebabnya lidah die panjang sikit, and so gelilah….It was a good experience for the kids sempena musim cuti sekolah nie. At least tak adalah menghabiskan masa kat shopping complex aje. Ada jugaklah aktiviti bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama.

Posted in Aussie, leisure activity, my family, weekend stories | 2 Comments

Gorge Wildlife Park-Bhg 1

On Sunday, we went to the Gorge Wildlife Park, bersama-sama 5 keluarga yang lain. Perjalanan yang agak lama, memakan masa dalam sejam lebih, and dapat menghayati panrorama yang sungguh indah sebelum sampai ke sini. At first tak rancang nak pergi pun cos penat open house pun tak habis lagi, tapi demi anak-anak, semuanya boleh diatur.

Masa sampai, cuddle the koala session baru bermula, so we all pun tak lepaskan peluang untuk memeluk dan bergambar dengan koala. Both boys takut dengan koala nie, so me and Daddy Jack ajelah yang memegangnya.

Memegang koala nie seumpama kita mendukung baby aje, taklah berat mana pun cuma koala nie ada waktu-waktunya die tak akan keluar mcm terlalu panas atau sejuk. Kebetulan cuaca masa we all pergi nie, sedang-sedang aje.

Lepas peluk koala, kat tepi tu ada pulak sessi dengan ular. Nie paling I tak suka, geli geleman and meremang bulu tengkuk dibuatnya. Sebab tu bergambar pun jauh aje.

Trip ke wildlife nie disertai oleh Kak Azie sekeluarga. Danish apa lagi, sukalah ada kawan. Tak boleh berpisah langsung dengan Akil.

Ukail, Ryan and Umar..all toddlers. Membesar bersama-sama la nie.

Ada a few binatang yang dibuarkan bebas di dalam wildlife nie. Antaranya merak nie..bila nampak we all aje, terus nak show off bulunya yang sangat cantik. I really likes the blue turquoise colour, menyerlah sungguh.

Para pengunjung juga bebas untuk memberikan makanan kepada haiwan-haiwan. Makanan yang berupa kacang dan juga biskur disediakan untuk pengunjung dan kita perlu membelinya, bukan percuma ya.

Antara keluarga yang menyertai trip ke wildlife ini, Kak Azie sekeluarga, Haiza sekeluarga, Surah sekeluarga, Aiyu Esa sekeluarga dan me and my family. Sungguh meriah bila ramai-ramai macam nie. Kanak-kanak jangan cakaplah betapa sukanya bila dapat jumpa kawan-kawan.

Posted in Adelaide's gang, Aussie, leisure activity, my family, weekend stories | 1 Comment

My first open house

We decided to buat small friends get together at our place last Saturday. Majlis makan-makan kepada sesiapa yang belum pernah datang rumah kecil kami nie. Nie pun ada jugak yang tak jemput, kemudian-kemudian pulak la yer. All the preparation untuk majlis makan-makan nie bermula on Friday, dimana sibuk ke sana ke mari membeli apa-apa yang patut, then siapkan semuanya bahan-bahan untuk dimasak, then dalam pukul 8 malam, after berhempas pulas nak menidurkan the boys, barulah berperang di dapur.

Berhempas pulas menyiapkan all the dishes sampaikan I tido pukul 430am untuk menyiapkan segalanya. Daddy Jack as usual, mengemas rumah untuk keselesaan para tetamu. He slept early at 3am, kononnya just a nap, udahnya tido terus la. Akhirnya, I just alone at kitchen, duk pung pang memasak. Takut jugak jiran sebelah tak boleh nak tidur dengan aman disebabkan memblend pada pukul 2.30 pagi !!!
We decided untuk membuat BBQ jugak, like others friends. I think BBQ session nie is a must…..so, sementara tunggu all the daging masak, so ada banyak masa untuk bersembang, and berramah mesra sesama tetamu, kan. So, I marinated 10kg of chicken wings..sampai nak patah tangan nie menggaulkan all the ayam.

Ni la hasilnya, all the foods yang I buat with my own hands, tanpa pertolongan sesiapa pun dan bukannya tempah pada sesiapa pun. I buat sendiri, and sampai sekarang I masih tak percaya, berupaya membuat makanan sampai penuh meja. Tahniah untuk diri sendiri.

Menu utama, request from suami, Laksa Johor. At first, mcm tak confident nak membuatnya, sebabkan ini adalah pertama kalinya nak membuat Laksa Johor and nak bagi orang makan pulak tu..what will their expectation, kan? Just try and tawakal ajelah..and Alhamdulillah, habis licin laksa ku ini.

Roti Jala is a must kalau open house di Malaysia, so I pun membawa aura itu ke sini. I mula menjala pukul 6 pagi and finished up at 10am, and menjala untuk 2kg tepung. Sungguh kematu la kaki ku ini.

Nasi impit, kuah kacang and BBQ chicken. Tak sempat nak ambik gambar makanan lain yang I buat, is the dessert. I buat Puding Cocktail and Bubur kacang.

Aiyu and Man , jiran sebelah antara tetamu yang pertama hadir sebabnya, mereka nak bergegas ke airport untuk menghantar rakan mereka yang akan kembali pulang ke tanahair. Pastu, I paksa they all datang balik, and makan lagi.

Hmmm…Abang Nizam pun tak ketinggalan datang untuk memeriahkan majlis ini. Menurut isterinya, Abang Nizam nie rajin singgah blog I nie, tapi bila jumpa, segan la nak tanya.

Liza PR nie ister kepada Abang Nizam. Rumah they all yang mula-mula kami pergi masa sampai kat Adelaide nie, merasa la jumpa kawan-kawan sekarang nie. Kat sebelah Liza pun, we all panggil Makcik and Om, pun PR jugak. Makcik from Singapore and berkahwin dengan Om, warga Aussie. Makcik baru sampai from Singapore on Friday menyambut Aidilfitri kat sana. Cant you believe that Om is 90 years old and he still strong, can drive a car and managed to travel alone ? Hmm, rahsianya, dont smoke, no alcohol and lots of healthy food. Masa kat rumah I, punyalah banyak makanan, Om cuma makan BBQ chicken, taugeh and timun sahaja. Die takkan akan makan nasi, kalau makan die akan cepat lapar.

Antara tetamu yang hadie, Kak As and family serta geng-geng budak bujang yang turut sama memeriahkan majlis ini. Ditambah pula dengan kehadiran 2 orang mummy to be, mmg havoc.

Anak Kak As yang makan di sudut rumah, tak pedulikan sesiapa pun. Bila tengok die makan dengan berselera, kita pun turut terlir menengoknya.

Surah adalah tetamu yang wajib and patut hadir bila rumah I membuat majlis makan-makan nie. Anak die, Ika is one of Danish’s friends.

Kak Azie pun kena datang and wajib jugak cos Danish and Akil dah tak boleh dipisahkan. Tapi untuk majlis makan-makan nie, terpaksa pulak menolong we all untuk membakar ayam, nanti we all balas Abang Azul yang berhempas pulas membakar di belakang yer.

Penat, namum berpuas hati bila makanan hampir licin dimakan oleh tetamu. Terima kasih kepada yang sudi hadir. Sepatutnya nak sangat jumpa Kak Zack Flinders kat majlis makan-makan nie, tapi tak kesampaian sebabnya die busy bawa anak-anak gi jalan-jalan sebabnya husband and anak nak balik. Tak apa, lain kali, buat makan-makan and hope dapat berjumpa kembali.

Lepas all my guests balik, kemas-kemas sikit-sikit, tutup lauk pauk and then terus pengsan, tak ingat apa dah….but I really enjoy the day..start from the preparations, melayan tetamu and most of it, the cooking time. So, ada sesiapa nak datang lagi? Im ready to cook, anytime now.

Posted in Adelaide's gang, all about Raya, Aussie, cooking, home sweet home, makan-makan | 7 Comments

Hasil tangkapan di IKEA

Setelah 2 hari pergi Ikea, so ini adalah di antara hasil tangkapan we all, yang kononnya hanya nak berjalan-jalan sahaja ke sana. Udahnya, penuh jugak boot kereta. Konon, Daddy Jack yang begitu takut bila I mentioned nak ke IKEA, udahnya die jugak yang beria-ia membeli.

Before thie, Daddy Jack dah ada meja untuk belajar, ehsan tenant lama tapi nampak macam berat dan terlalu besar aje. So, Daddy Jack nak a small one, and mudah letak dalam bilik untuk die study pagi-pagi buta tu.

I dah lama nan belikan set meja nie untuk the boys, senang untuk they all makan atas nie, kalau kat atas meja besar, mcm tak larat nak mengemasnya. And then, Danish pun bolehlah study gunakan meja nie jugak.

Masa mula-mula nampak wall hanging nie, Daddy Jack macam nak tak nak aje tgk, lepas tu bila dah separuh pusing IKEA tu, barulah hatinya terbuka untuk membelinya.

Ni antara barang yang we all pulangkan and dapatkan balik yang lain sebabnya kualiti fabriknya mcm tak berapa elok, ada sikit koyak. Masa we all nak dapatkan yang baru, ada satu aje, mmg rezeki kami la. Ada minah salleh nie dah angkut 3 sekaligus.

Cushion pad tu pun we all tukar jugak, yang asal mcm tak muat kerusi tu. So, tukar and terpaksa ambik yang warna cerah, untuk kerusi rumah I, tak ada yang warna gelap. Harapan I, semoga anak-anak makan dengan cermat bila di main table.

Daddy Jack cakap, lepas nie all your Corelle letak dalam nie, nanti kalau pecah ker apa ker susah pulak.

Malu la asyik pinjam tool set jiran sebelah, nampak tengah offer, ambik satu.

Yang bulat-bulat tu nak gunakan untuk gantungkan all my tudung. Daddy Jack bising sebabnya tak muat almari dah. Kena gantung, lagipun senang jugak, nak pki terus ambik and sarungkan aje. Beli jugak rak untuk dapur agak matching dengan yang sedia ada and some compartment untuk bric-a-brac.

Tak jumpa rak kasut, terjumpa yang macam box nie, bila dah balik, menyesal pulak tak beli 2 set. Banyak jugak kasut kat rumah nie especially untuk the boys.

Kali kedua ke IKEA, we all kan tak bawak Danish, so Daddy Jack memujuknya dengan membelikan wooden toy train set untuknya, Ryan the Lion pun dapat jugak.

Ni yang paling I suka, my baking wares. Selama nie kan, I asyik masak aje, tak merasa nak buat kek apa bagai sebabnya tak ada kelengkapan. Even masa Raya hari tu pun, Daddy Jack mcm hint nak makan tart nenas, tapi tak kesampaian sebabnya bila pikirkan kos nak membuatnya lebih baik beli aje kat akak Singapore tu. Bila pi IKEA, nampak macam-macam bakeware set like rolling pin, mixing bowl yang okay, so mulalah semangat nak berbaking tu ada.

Opsss, ni tak beli di IKEA yer..kelas la kan, kalau kat IKEA Adelaide nie ada acuan karipap dan loyang mcm nie. Loyang and acuan karipap tu kiriman from Malaysia. Sure tertanya-tanya kenapa sampai kena hantar loyang semua, sini tak ada ker? Sini memang ada, tapi kalau nak buat kuih like kuih lapis or serimuka tu, nampak mcm tak cantik la sebabnya loyang sini mcm tak dalam sangat. I pernah cuba buat kuih serimuka guna loyang sini , Ya Rabbi, sungguh tak cantik.

And lastly, to complete my bakingwares, jalan-jalan pi garage sales, terjumpa mixer Kenwood pattern lama nie. Tuan rumah tu, siap cuba untuk memastikan ianya berfungsi. I tak cuba membuat apa-apa bake food lagi, Insyallah, hujung minggu nie nak cuba semuanya. We’ll see…..

Posted in Aussie, home sweet home, household, my belongings, shopping | 2 Comments

Berkunjung untuk kali kedua

After kunjungan yang ini, selang 2 hari lepas tu, we all jejakkan lagi ke IKEA. I told you all kan that I dapat rasakan yang akan kembali di waktu terdekat. Kali nie, we all pergi masa Danish pi sekolah, bukannya tak nak bawak die..lagipun nak cepat sikit.

Mengundang sungguhlah tagline IKEA nie. Even Lower price…and I will buy more.

Tujuan we all ke sini nak menukar a few barang-barang we all beli hari tu. Ada yang rosak dan ada pulak yang tak betul saiznya. Macam sengaja, aje kan.

Dan we all pun secara tak sengaja, telah menambahkan jugak beberapa collection untuk yang lepas. Kononnya nak tukar dua barang aje, udahnya penuh jugak trolley dengan barang-barang yang baru.

Sneak peek sikit, apa yang we all beli tu..macam-macam ler, ada yang kecik dan ada yang besar. And mostly barang I la.

Sampai rumah, Daddy Jack pun dengan bersungguh-sungguh mengemas all the boys toys and books sebabnya nak let go bekas lama and digantikan dengan stuffs yang we all beli from IKEA tu.

Posted in Aussie, home sweet home, household, my family | 3 Comments

Yun’s Place

Rumah kedua yang we all serbu, jauh sikit dari rumah Kak As tapi bila dah diundang, kenalah pergi. Nanti kesian tuan rumah, kan. Lagipun, nak jugak berkenal-kenalan dengan lebih mesra lagi dengan tuan rumah. Kat rumah Yun, kami dijamu dengan Buhun Sup, BBQ Chicken and beberap lauk pauk yang lain. Supnya sungguh sedap. Even Ryan the Lion pun suka makan dengan nasi impit.

Nie la Yun, tuan rumahnya. First time datang rumah Yun, selalunya berjumpa di majlis-majlis aje. Thanks Yun sebab sudi menjemput kami sekeluarga, walaupun short notice. Tak sempat nak berborak-borak panjang sebab kesian tengok Yun macam lipas kudung untuk memastikan semuanya in order. Somehow, I can’t believe that sesiapa yang membuat open house di Adelaide nie, memasak all the makanan dengan kudrat sendiri, tak ada bantuan sesiapa pun..semuanya dibuat dengan sendiri yer. Hebat, kan ?

Me with some friends here, Muli and Ayu Hairul. Sesekali berjumpa, macam-macam jugaklah cerita yang keluar. Sini mana ada masa nak melepak, banyak kekangannya kalau nak ajak melepak. Paling kuat nak melepak pun kena pi rumah masing-masing ler.
Rumah Yun terletak ditepi jalan besar, so the kids kenalah diperhatikan. Kang terlepas pulak ke jalan besar nun. So far, rasa seronok jugak tengok rumah ada kawasan untuk kanak-kanak bermain, kan?

Bila rumah ada kawasan lapang, nak buat makan-makan pun best, so tetamu taklah rasa tak selesa apa bagai. Macam rumah kecik macam I, terpaksa buat berperingkat-peringkat.

Rasanya sessi BBQ nie akan menjangkit di mana-mana jugak di rumah my Adelaide’s gang. Nie kali kedua berBBQ. Syok jugak sesekali berBBQ nie, kan. Lama sikit boleh melepak-lepak. I was thinking of getting one of the pit.

All the makanan letak kat luar, so dalam rumah hanya untuk melepak annd bersembang aje. Tak adalah berkecah dalam rumah. Bagus jugak idea Yun nie.

Posted in Adelaide's gang, all about Raya, Aussie, makan-makan, my family, weekend stories | 2 Comments